Tuesday, June 14, 2011

Pekida Mahu Saman Syamsul & Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit


pekida saman kl gangster


Sila jangan gelak kerana ini perkara serius. Pekida dilaporkan ingin menyaman dua pengarah filem kongsi gelap iaitu Syamsul (KL Gangster) dan Farid Kamil (Kongsi) kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan di dalam pertubuhan mereka. Maknanya menerusi kedua-dua filem ini, rahsia Pekida bukan lagi rahsia. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata:-
Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri-
Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam. Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan. Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini,

lepas gua tengak citer ni la an , wa na cakap . memang terbaik woookkkk !! style gila cara fighter . memang gua minat sangat ! sumpah , yang terbaiknye , Aaron aziz ngan Adi putra . thumbs up la . 5 star wa bagi , zizan ta habis na mlawaknye . bikin hal gila ! hahaha , saufi jikan jugak terbaik , memang A ah ayat dye , syamsul yusof ta leh blah ah jadi orang jahat . ta style langsung ~!! hahahaha ,
papepon wa memang minat filem malaysia yang cam gini . pailang selamanya .
 salam /////